PROJEK PENGELUARAN DAN MEMBEKAL BENIH ANAK JAMBU KRISTAL

Jambu epal kristal (Crystal Wax Apple) adalah variasi jambu air yang berasal dari Taiwan, dengan bentuk buahnya hampir bulat seakan epal dan berjalur kristal, berwarna hijau kemerahan serta berkilat.

Saiz buahnya yang matang dan sesuai dipetik mencapai sebesar cawan dengan purata berat antara 150 gram hingga 300 gram sebiji atau enam hingga tujuh biji sekilogram.
Jambu epal kristal dijual pada harga RM5 sekilo bagi buah Gred A (antara enam hingga tujuh biji sekilogram). Buah jambu ini dijual dalam tiga gred iaitu A, B dan C dengan RM5 sekilogram (Gred A); RM3/kg (B) dan RM2/kg hingga RM3/kg (C).
Jambu ini mampu mengeluarkan hasil ketika berusia 16 bulan dengan purata kawasan kebun seluas 0.4 hektar mampu mengeluarkan antara satu hingga 1.5 tan jambu. Pokok jambu ini tidak bermusim dan apabila mencapai usia lebih dua tahun, hasilnya akan meningkat. Kajian terhadap 16 pohon jambu berusia tiga tahun mendapati kita boleh memetik sehingga 55 kilogram sehari.



INFO:
- Jambu epal kristal (Crystal Wax Apple)
- Berasal dari Taiwan
- Mempunyai 140 pohon sehektar
- menghasilkan 150-200 kilogram semusim
- Harga RM3-RM5 sekilogram.