Konsep Taman Botani
Malaysia terkenal dengan khazanah kepelbagaian biologi yang amat kaya dan justeru itu Malaysia turut dikategorikan sebagai sebuah negara megadiversiti di dunia. Malaysia dianggarkan mempunyai lebih kurang 15,000 spesies tumbuhan bervaskular. Sungguhpun demikian, sehingga kini negara ini masih belum mempunyai sebuah taman botani tropika yang benar-benar bertaraf nasional.Taman botani adalah merupakan sebuah muzium tumbuhan hidup yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan yang ditanam bagi tujuan dan kepentingan penyelidikan. Sesebuah taman boleh dianggap sebagai taman botani sekiranya taman berkenaan mampu membantu serta mengendalikan pelbagai kajian serta penerbitan penyelidikan di bidang sains tumbuhan/plant sciences.
Di taman ini, tumbuh-tumbuhan turut dilabelkan dengan maklumat penting di mana maklumat ini amat berguna bagi tujuan pendidikan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Justeru itu, sebuah taman botani mempunyai konsep dan fungsi yang amat berbeza berbanding sebuah taman biasa.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau FRIM mempunyai sejarah penyelidikan biodiversiti dan perhutanan yang agak lama di Malaysia. Tambahan pula, dengan sistem pengurusan dan infrastruktur sedia ada, FRIM mempunyai asas-asas yang diperlukan serta mampu menyediakan landasan kukuh bagi penubuhan sebuah taman botani tropika yang bertaraf antarabangsa.