Tanaman Herba

Definisi Tanaman Herba

Maklumat terperinci tentang herba masih terhad. Maklumat yang dimiliki oleh Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) hanya dalam skop terbatas yang menjurus kepada faedah perubatan dan komposisi kimia sesuatu herba sahaja. Ini hanya memadai bagi memenuhi konteks penggunaan bagi badan-badan tersebut sahaja.

Buat masa ini maklumat yang merangkumi taburan ladang, jenis herba ditanam, maklumat pengusaha, keluasan dan pengeluaran masih belum dikumpulkan atau tidak direkodkan secara rasmi dan konsisten. Ini disebabkan tiadanya penghasilan herba secara besar-besaran melalui ladang untuk tujuan komersial.

Oleh itu agensi-agensi lain samada swasta atau kerajaan diharap dapat mengorak langkah bagi menampung kekurangan ini.

Pada masa kini telah dapat kecenderungan bagi orang barat untuk beralih kepada cara perubatan herba samaada dari Barat maupun rawatan herba dari negara-negara Timur. Kecenderungan ini merupakan peluang keemasan bagi negara di Timur bagi membangunkan industri perubatan tradisional ini.